Black Timang Anak Sebulan Awal

Khabar gembira buat Black dan juga isterinya, Cira, kerana baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka, pada pukul 7.48 petang semalam yang dilahirkan secara normal – sebulan lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. 


“Alhamdulillah isteri dan anak saya sihat. Kini anak saya masih ditempatkan di wad yang dikhaskan untuk kanak-kanak baru lahir. Anak saya perlu ditempatkan di situ kerana dia lahir tidak cukup bulan dan perlu mendapatkan sedikit lagi antibiotik tambahan untuk mengelakkan dia terkena apa-apa jangkitan.

“Tetapi kini alhamdulillah kerana dia sudah boleh minum susu dan jika tidak ada apa-apa dalam sehari dua lagi anak dan isteri saya sudah dibenarkan keluar,” ujar Black yang dipetik daripada Media Hiburan Online.

Dalam masa yang sama, Black juga turut berkongsi perasaannya yang turut berpeluang menemani isteri kesayangannya sepanjang di bilik bersalin.

“Air ketuban isteri saya pecah awal kerana terkena jangkitan. Dia sakit dalam dua hari juga. Selepas dua hari, petang semalam barulah rahimnya terbuka. Ketika lahir anak saya tidak menangis dan memberikan respon walaupun ditepuk.

“Hampir 10 minit jugalah doktor yang bertugas berusaha. Ketika itu, saya rasa sangat resah dan 10 minit kemudian barulah terdengar tangisannya. Saya tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa,” kata Black yang sudah hampir 4 hari berkampung di Sime Darby Medical Centre Petaling Jaya.

Selain itu, Black turut menyatakan dia merahsiakan berita gembira itu terlebih dahulu kerana mahu menunggu keadaan anaknya bertambah baik.

“Buat masa sekarang, gambar bayi kami masih belum boleh dikeluarkan kerana dia masih berada di dalam unit rawatan khas. InsyaAllah tidak lama lagi saya akan kongsikan wajahnya,” ujar Black yang mengakui anak sulungnya ini berkulit cerah seperti ibunya. -rotikaya

0 Response to "Black Timang Anak Sebulan Awal"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...