Rozita che wan dan Zain Saidin melabelkan individu yang memuat status tersebut di dalam Twitter sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.
Status Twitter tersebut yang menggunakan wajah anak perempuan Cheta, Aaisyah Dhia Rana, dimuat naik dengan status yang mengatakan anak tersebut dibuang oleh orang tuanya.
"Biadap sungguh individu itu sehingga sanggup buat kerja merapu.
"Apakah salah anak saya sehingga wajahnya digunakan dengan status sedemikian? Mereka ini adalah orang yang tidak berhati perut!," katanya memetik laporan dari mStar.
Pengguna Twitter yang dipercayai dari negara seberang itu telah memuatnaik status mengatakan bayi itu telah dibuang oleh orang tuanya dan sedang dirawat di hospital di sana.
Status itu telah mendapat perhatian pengguna Twitter di negara itu dan telah di retweet tanpa mereka sedar ianya adalah berita palsu.
Che Ta yang merasa sedih menyatakan kerana isu sebeginilah mereka sekeluarga tidak mahu anak mereka menceburi dunia seni hiburan apabila besar kelak.
"Daddy dia tak bagi jadi artis. Kami jadi selebriti pun kerana kebetulan.
"Bukannya tidak elok jadi artis, Alhamdulillah hidup senang tetapi apabila diri terlalu terdedah, dunia artis boleh ke arah negatif tanpa sedar. Seperti yang telah berlaku pada kami sekarang ini," katanya.
Walaubagaimanapun, status tersebut telah pun dibuang oleh pemilik akaun tersebut.
Home » AAISYAH DHIA RANA »
Hiburan »
isusemasa »
malaysia »
rozitachewan
» Che Ta bengang Gambar Aaisyahdhiarana dijadikan sumber fitnah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Che Ta bengang Gambar Aaisyahdhiarana dijadikan sumber fitnah"
Post a Comment