Selain dari isu lamaran pasangan Hairul dan Hanis Zalikha pada malam konsert akhir Gegar Vaganza, isu Ifa Raziah menggatal pula timbul.
Ifa melalui kenyataannya mengakui agak terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan.
Ifa Raziah mengakui terkilan dengan komen yang diberikan Rosyam Nor terhadap persembahan di atas pentas bersama Hisyam Hamid pada malam itu & berkata juri itu sepatutnya faham yang apa dilakukan adalah lakonan semata mata.
“Saya tak rasa ia perbuatan yang ‘over’ (keterlaluan) pun. Saya tidak pegang atau raba pun Hisyam dan dia pun tak buat begitu pada saya. Kami menari ala ballet mengikut konsep persembahan. Sebagai manusia kita kenalah buka minda dan berfikiran positif sikit,” ujarnya.
“Saya terima dengan hati terbuka komen oleh Rosyam Nor cuma rasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan”
Ifa Raziah mengakui terdapat kesilapan selepas menonton kembali persembahannya dan memohon maaf di atas tindakannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to ""Saya bukan raba dia pun"-Ifa Raziah"
Post a Comment