Seram Sejuk Dengar Rakaman Terakhir - Penyiasat

Walaupun telah menjadi penyiasat selama lebih 20 tahun, namun tugas untuk menyiasat tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila juruterbang QZ8501 merupakan rakan sendiri.


Itu merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh Nurcahyo Utomo, salah seorang penyiasat dalam Jawatakuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional.

Ujarnya kepada portal berita vivo.co.id, berdasarkan pengalaman lalu, tugasan untuk mendengar rakaman suara kotak hitam secara berulang merupakan tugasan mencabar dan memerlukan ketahanan mental yang kuat.

“Mendengar rakaman suara dari kotak hitam yang terlibat dalam nahas bukanlah seperti mendengar muzik mahupun perbualan.

Ketika menjalankan sesi pendengaran itu, semua tahu, ia merupakan rakaman suara terakhir sebelum pesawat tersebut terhempas dan fakta itu sangat menganggu penyiasat.


Ada masanya, penyiasat akan ‘seram sejuk’ ketika mendengar rakaman dari kokpit itu.”

Kata Nurcahyo lagi, proses analisis sambil mendengar kata-kata terakhir oleh juruterbang seperti ‘Allahuakhbar’ yang diulang-ulang, mampu membuatkan bulu roma penyiasat berdiri!

“Ia akan membuatkan kita seperti merasai situasi tersebut… Allahuakhbar, Allahuakhbar, merupakan kata-kata terakhir mereka sebelum menemui ajal,” ujarnya ketika merujuk kepada pengalaman menyiasat nahas pesawat yang pernah berlaku dahulu.

Walaupun ianya menakutkan dan menghibakan, namun kami tidak dapat lari dari tugasan. Sesi pendengaran perbualan dalam kokpit merupakan kunci bagi mendapatkan jawapan kenapa pesawat tersebut mengalami kecelakaan.”

Tambah Nurchayo lagi, tugasan kali ini merupakan tugasan paling mencabarnya kerana kapten pesawat QZ8501, Kapten Iriyanto merupakan ‘seniornya’, yang juga individu yang menurunkan ilmu penerbangan kepadanya.

“Saya tak dapat bayangkan bagaimana untuk mendengar kata-kata terakhirnya nanti ketika sesi siasatan berlangsung,” kata Nurchayo. 

Sumber mynewshub.cc 

0 Response to "Seram Sejuk Dengar Rakaman Terakhir - Penyiasat"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...