Azmin, bapa segala hipokrit - Noh Omar

Datuk Seri Noh Omar hari ini menyelar Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sebagai bapa segala hipokrit sekiranya beliau ingin terus dengan projek lebuhraya KIDEX. 


Projek lebuh raya sepanjang 14 kilometer dengan anggaran kos RM2.2 bilion itu sebelum ini mendapat bantahan penduduk setempat yang mendakwa ia akan memusnahkan alam sekitar.

Selain itu, ia turut dilihat menjadi faktor harga hartanah merudum, dan disifatkan bukan penyelesaian yang bijak kepada masalah lalu lintas.

Say No to KIDEX

Noh mengulas mengenai keputusan Azmin untuk meneruskan perjanjian Kidex walaupun ia menjadi salah satu alasan Menteri Besar Selangor sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak untuk meletakkan jawatan.




Azmin dilaporkan akan mengkaji semula dan mendedahkan kepada umum perjanjian Lebuhraya Kidex dan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan mengenai perjanjian yang dimeterai sebelum mengambil langkah seterusnya.

Abdul Khalid semasa memegang jawatan menteri besar sebelum ini dilaporkan berkeras mahu meneruskan projek Kidex dan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak.

Abdul Khalid juga sebelum ini pernah menerima memorandum bantahan Kidex daripada badan bukan kerajaan (NGO), Say No To Kidex (SNTK).

Dalam pada itu jelas Noh, pemimpin PR lain juga didesak untuk menyatakan pendirian masing-masing terhadap isu ini.

"Kita hendak tengok adakah Kidex itu perjuangan rakyat atau perjuangan peribadi PR secara keseluruhannya.

"Senang sahaja, jika mereka menyokong Azmin, ini terbukti selama ini pemimpin PR ini memang sengaja mencari alasan untuk menukar Abdul Khalid," jelasnya.


Kalau dah PR tu memang PR lah.


 


0 Response to "Azmin, bapa segala hipokrit - Noh Omar"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...