9 Tahun Rozana Misbun Amalkan Perbuatan Syirik

Penemuan pelbagai barangan khurafat yang didakwa milik Rozana Misbun telah membongkar amalan syirik yang diamalkan selama sembilan tahun oleh isteri kepada penyanyi rock Awie.



Awie telah menjumpai barangan seperti darah, rambut, tulang yang diletakkan didalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki yang diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha. Selain itu, barangan lain yang turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dalam kain berwarna sama.

"Anak guam saya telah menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah.

"Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu," jelas Datuk Mohd Zaidi iaitu peguam Syarie yang mewakili Awie.


Dengan penemuan itu, Awie mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana selama ini mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat demi untuk kepentingan sendiri.  

Peguam Awie juga turut mendedahkan bahawa Rozana pernah membuat pengakuan kepada suaminya, Awie bahawa dia telah memasang susuk dan mengambil suntikan botox untuk mengubah bawah.

Malah perkara itu dilakukan tanpa kerelaan dan pengetahuan Awie. -mstar

0 Response to "9 Tahun Rozana Misbun Amalkan Perbuatan Syirik"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...