Harga Rokok Naik Lagi??

Berita tergempar yang kami terima pasti mengejutkan perokok-perokok tegar di Malaysia.

Jika sebelum ini rokok pernah naik sekejap sebanyak RM 1.00, tetapi turun balik beberapa hari kemudian, kini kenaikannya lebih dari itu.


Harga rokok berjenama Dunhill, Benson&Hedges, Kent, Lucky Strike, Rothmans, Pall Mall dan juga Peter akan dinaikkan sebanyak RM1.50 bermula pada 5 November(tengah malam ini).

Menurut dari notis yang dikeluarkan oleh syarikat rokok berkenaan, kenaikan ini susulan dari duti cukai eksais oleh kerajaan bermula pada 1 November.

Berikut adalah notis kenaikan harga rokok berkenaan:


0 Response to "Harga Rokok Naik Lagi??"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...