Jutawan Kutip Sampah di Bahrain

Bangga dengan kerjaya anda? Jutawan pun kutip sampah di Bahrain.


Seorang jutawan pelaburan dari Korea Selatan menetap di Bahrain dan sanggup bangun se awal jam 5 pagi hanya untuk mengutip sampah dan menyusun barangan kitar semula.


Lebih dikenali sebagai Yo atau 'The Boss of Cleaning', dia menjalankan tugasnya itu untuk penduduk negara Bahrain sejak tahun 2003 lagi.

Dia mengambil keputusan mengutip sampah di Bahrain kerana negara itu terlalu banyak sampah. Ini akan mendatangkan pelbagai penyakit katanya.

Yo begitu komited terhadap kerjanya kerana Bahrain mencatatkan kumpulan sampah yang tertinggi  berbanding negara-negara perindustrian yang lain.

Untuk rekod, pada tahun 2011 sahaja, Bahrain menghasilkan kira-kira 2,200 tan sampah di bandar, 7 tan di sektor penjagaan dan 380 tan sampah dari sisa kilang setiap hari.

"Dia merupakan contoh kepada sikap kesederhanaan, kesopanan dan budi pekerti yang mulia. Anda merupakan contoh kepada belia."

Kami di sini juga menasihatkan agar Yo dapat datang ke negeri Selangor dan kutip sampah di sana.

0 Response to "Jutawan Kutip Sampah di Bahrain"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...