Perasankah anda semakin masak pisang atau semakin ranum pisang itu semakin manis rasanya? Ini disebabkan enzim yang terdapat di dalam pisang secara aktif berubah dari kanji yang tidak manis ( polymeric) kepada gula yang lebih manis (monosaccharides , etc).
Apabila kanji tersebut berubah kepada gula yang manis, ia menjadikan pisang tersebut lebih senang untuk dihadam.
Menurut kajian terdahulu pula, kandungan vitamin dan mineral pisang akan berkurangan apabila pisang semakin masak. Inilah sebabnya pisang disimpan di dalam fridge.
Kajian terbaru daripada penyelidik Jepun telah menjumpai fakta menarik tentang pisang.
Kajian tersebut juga menyatakan, semakin gelap tompokan hitam pada pisang semakin tinggi kualiti bahan anticancer itu. Untuk rekod, kulit pisang yang kuning dengan tompokan hitam adalah 8 kali lebih efektif dalam membantu sistem imunisasi badan berbanding pisang yang kulit hijau.
Jesteru itu, masa yang sesuai untuk makan pisang adalah apabila pisang tersebut masak ranum. Tapi, sekiranya anda penghidap Diabetes type 2, anda digalakkan makan pisang yang ranum bersama mentega kacang ( untuk mengelakkan penyerapan gula terlalu tinggi di dalam badan. Ini kerana lemak dari mentega kacang akan menghalang penyerapan gula di dlm badan) atau makan pisang yang masih hijau (seperti gambar 3 dan 4).
0 Response to "Tahukah anda masa yg sesuai utk makan pisang?"
Post a Comment