Ujian yang memalukan ini mendapat bantahan daripada aktivis antarabangsa.
Aktivis antarabangsa menggesa pihak
berkuasa Indonesia memansuhkan ujian dara untuk wanita yang mohon
menganggotai pasukan polis negara itu.
Human Rights Watch (HRW) berkata, prasyarat yang mewajibkan pemohon adalah anak dara dan belum berkahwin itu perlu dimansuhkan.
Menurut HRW, wanita Indonesia yang
diwawancaranya, mengakui mereka terpaksa menjalani ujian bagi
membuktikan mereka masih dara, sebagai syarat untuk menjadi anggota
polis.
Menggunakan jari
Ujian itu mewajibkan pemohon berbogel di
depan sepasukan pegawai wanita yang kemudiannya menusuk dua jari ke
dalam kemaluan mereka.
“Saya tidak mahu mengimbau kembali pengalaman pahit dan memalukan itu.
“Kenapa kami perlu berbogel di depan
orang yang tidak dikenali. Ia harus dihentikan,” demikian menurut
seorang pemohon berusia 19 tahun yang menjalani ujian itu di Pekan Baru,
Sumatra.
Jurucakap HRW, Nisha Varia berkata,
ujian ‘dua jari’ itu perlu dihentikan serta-merta, kerana ia mengaib dan
menjatuhkan maruah wanita.
“Polis di Jakarta harus memansuhkan
ujian ini dan mengambil tindakan susulan, untuk memastikan semua markas
polis lain turut mengambil tindakan sama,” katanya.
Sumber
0 Response to "Ujian Dara wajib untuk jadi Polis"
Post a Comment