Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis dipenuhi dengan kes perceraian dan masalah rumah tangga selebriti.
Antara artis yang dilihat diperkarangan mahkamah tersebut adalah Ieda
Moin (perceraian), Fadilah Mansor dan Mat London (pengesahan nikah dan
cerai), Syura (pengesahan rujuk) dan Rozana Misbun (pengesahan nikah
dengan Awie).
Ieda Moin
Penyanyi dan pelakon Ieda Moin, wanita itu sah bercerai talak satu
selepas suaminya, Mohamad Naquib Idris melafazkan talak di Dewan 5,
Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Fadilah Mansor
Dewan 2 kompleks mahkamah sama mengesahkan lafaz cerai yang dibuat
penerbit dan pengarah Mat London terhadap dramatis Fadilah Mansor pada
28 September 2012 adalah sah dan mengikut hukum syarak.
Untuk rekod, Fadilah bakal bernikah dengan penyanyi 60-an Datuk A Rahman Hassan pada 25 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan selepas Syura, 28, gagal menghadirkan diri pada sidang tersebut dan Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 20 Januari sebagai sebutan semula kes berkenaan.
Mohd Amran memberitahu kes berkenaan akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung isu berhubung hak penjagaan anak yang difailkan oleh Awie selaku plaintif kes tersebut.
Rozana yang hadir pada sidang tersebut turut memaklumkan pihaknya menukar peguam syarie yang mewakilinya dalam kes tersebut iaitu Nor Azmi Mohd Arif.
Awie bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.
Syura Masterchef
Bekas suami kepada penyanyi dan juara program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua, Syura iaitu Mohd Fadhly Md Yassin membuat permohonan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat secara lisan pada 10 November lalu.Bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan selepas Syura, 28, gagal menghadirkan diri pada sidang tersebut dan Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 20 Januari sebagai sebutan semula kes berkenaan.
Awie
Di dalam dewan berasingan, Hakim Mohd Amran Mat Zain mengarahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Yusoff Abu Bakar dipanggil memberi keterangan pada 6 Januari depan berhubung pengesahan surat nikah penyanyi Awie dan isterinya, Rozana Misbun.Mohd Amran memberitahu kes berkenaan akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung isu berhubung hak penjagaan anak yang difailkan oleh Awie selaku plaintif kes tersebut.
Rozana yang hadir pada sidang tersebut turut memaklumkan pihaknya menukar peguam syarie yang mewakilinya dalam kes tersebut iaitu Nor Azmi Mohd Arif.
Awie bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.
0 Response to "18 Disember 2014 : Hari Kes Cerai Artis di Mahkamah"
Post a Comment