Gambar Bogel di sebar bekas teman Lelaki

Walaupun sudah memutuskan hubungan sejak 2 bulan yang lalu, bekas teman lelakinya itu tetap menyebarkan gambar aib Nor Fathiah Idris.


Kejadian itu, dimaklumkan oleh rakanya yang mendakwa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar aib Nor Fathiah ke laman sosial.

Lebih teruk lagi, Nor Fathiah memaklumkan, pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan berikutan Irfan dikatakan datang dari keluarga berpengaruh.
 
Mangsa, Nor Fathiah Idris, 25, dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang berkemban memakai tuala ke laman Facebook pada 2 Disember lalu.

Kata Fathiah, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu.

“Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.

“Meskipun gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang bertuala tetapi ia sudah cukup untuk memalukan.”

Bekas teman lelaki penagih dadah

Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.

Sementara itu, ibu Fathiah, Fatimah Ismail, 50, mendakwa beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.

Mereka berkata, seorang daripada abang lelaki itu adalah exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat.

“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Fatimah berkata, dia tidak menyangka bekas teman lelaki anaknya itu sanggup melakukan perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah keluarganya.

0 Response to "Gambar Bogel di sebar bekas teman Lelaki"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...