Kerja mudah dan hasil yang lumayan. Ada antara mereka boleh mengupah 'pemandu' untuk membawa mereka hingga 'outstation'.
Ini adalah laporan yang dikongsikan oleh mStar hasil dari pemerhatian mereka.mStar mendapati, kebanyakan orang buta yang memilih menjalankan aktiviti ini mampu memperoleh pendapatan bersih lebih RM2,500 sebulan sedangkan lain-lain pekerjaan golongan cacat penglihatan seperti tukang urut, penjual kerepek atau bakul mahupun mereka yang menyanyi di kaki lima sekitar RM1,500 hingga RM1,800 sebulan.
Angka itu belum lagi diambil kira bantuan yang diperolehi secara bulanan dan tetap daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu sekitar RM150 hingga RM300.
Seperkara lagi yang menarik ialah, hasil pemerhatian ini, mStar turut mengenali beberapa istilah yang digunapakai di kalangan masyarakat golongan cacat penglihatan itu sendiri bagi menggambarkan aktiviti mencari rezeki atau pekerjaan masing-masing.
Bagi aktiviti menjual tisu, gelarannya agak pelik, iaitu 'menangkap' manakala bagi pengiring mereka yang celik, ia dipanggil 'penarik'.
Istilah lain yang wujud termasuklah 'mengetin' (menyanyi di kaki lima), 'menangguk' (seorang diri jual tisu atau kacang) dan 'Halo Cik'(jual kerepek).
Bahagi Tiga
"Orang buta tak boleh 'menangkap' seorang diri, jadi mereka upah 'penarik'.
"Kumpulan ini adalah yang paling banyak memperolehi pendapatan di kalangan semua aktiviti golongan cacat penglihatan malah mengatasi jumlah pendapatan tukang urut. Mereka mampu bayar penarik dan ramai juga sekarang yang sudah mula mengupah pemandu untuk bergerak lebih jauh atau 'out-station'," dedah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan, kepada mStar Online.
Mazlan yang bekerja sendiri di ibu kota berkata, kerja 'menangkap' yang dibawa oleh seorang pemandu khas biasanya dilakukan dua kali sehari.
Si penjual tisu yang buta tidak perlu bimbang ditipu oleh penarik yang biasanya warga Indonesia atau pun pemandu kerana masing-masing telah bersetuju untuk mengagihkan 'hasil tangkapan' secara sama rata.
"Kalau dapat RM300 sekali keluar, duit itu akan dibahagi tiga iaitu untuk penjual, pengiring dan pemandu," katanya lagi.
Mazlan menambah, perkara itu diketahui daripada rakan-rakannya yang kebanyakannya menjalankan aktiviti tersebut dan tanpa segan-silu bercerita mengenai pendapatan 'mewah' mereka dengan mudah.
Tambahnya, selain mempunyai 'pemandu', hasil lumayan mereka juga biasanya diterjemah melalui gaya hidup yang lebih senang, termasuklah telefon bimbit pintar.
Bercerita lebih lanjut mengenai pemandu yang diupah, Mazlan berkata kebanyakan mereka dipertanggungjawabkan untuk membawa si penjual tisu dan pengiring ke lokasi-lokasi tertentu yang dianggap sebagai 'lubuk emas'.
Di ibu kota, kawasan yang sering menjadi tumpuan mereka ialah Bangsar, Bukit Bintang, Chow Kit, Danau Kota dan Kampung Baru.
Kawasan-kawasan ini mempunyai kawasan tumpuan gerai makan dan medan selera yang popular dan banyak.
Walaubagaimanapun, rezeki mereka tetap halal. Sesungguhnya, rezeki Allah itu ada di mana-mana.
0 Response to "Jom kita kira berapa pendapatan orang buta yang jual tisu"
Post a Comment