Letupan Berpunca dari Roket Anti Kereta Kebal

Letupan Berpunca dari Roket Anti Kereta Kebal

Letupan bom yang menyebabkan kematian tiga mangsa selain merosakkan lebih 40 rumah di Taman Mesra Ria II, Rabu lalu, disahkan berpunca daripada roket anti kereta kebal.

Roket berkaliber 84 mm itu disahkan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pihak Polis Kedah percaya roket tersebut dibawa pulang oleh mangsa yang meninggal dunia yang juga anggota tentera, Koperal Ayub Hashim,37, untuk diambil komponen logam (tembaga) berharga di dalamnya sebelum dijual.


ATM sekarang bekerjasama dengan pihak Polis untuk menyiasat bagaimana roket tersebut boleh dibawa pulang oleh anggota tentera berkenaan.

Pihak Polis percaya kemungkinan besar lebih daripada sebutir roket yang meletup pada hari kejadian.

Ayub, anaknya, Nur Idayu Syahirah,8, meninggal dunia di tempat kejadian dan anak jirannya Aqif Mohd Shahrizal,4, meninggal dunja di klinik berhampiran ketika menjalani rawatan.

Isteri Ayub, Syarifah Azlina, 30, kini dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

0 Response to "Letupan Berpunca dari Roket Anti Kereta Kebal"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...