10 Tanda Penting Anda Hamil!!!

1. Mengidam
Mengidam antara tanda yang 'famous' jika anda hamil. Namun jangan terlalu bergantung kepadanya. Jika anda mengidam, mulalah mengira pertama haid anda berakhir.


2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan berjaya.

Bagaimanapun, ini juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tiada kaitan dengan kehamilan atau bekas kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi atau ada tompok darah berwarna merah jambu atau coklat serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium.

Anda juga mungkin mengalami keadaan sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil
Sebaik embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), dimana anda perlu membuang air kecil dengan kerap.

5. Keletihan
Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa keletihan seperti baru sahaja berlari marathon

6. Payudara melembut dan membengkak
Tahap sensetiviti payudara tidak berubah sebelum dan semasa hamil. Namun ia adalah lebih sensitif semasa hamil.

7. Deria rasa berubah
Sesetengah wanita merasakan sedikit payau di mulut dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasa mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi
Sesetengah wanita akan mengalami morning sickness sehingga beberapa minggu. Morning sickness juga tidak berlaku pada waktu pagi tetapi boleh juga berlaku pada waktu petang atau malam.

9. Tidak datang haid
Jika haid anda teratur dan kini lambat, anda dinasihati menjalani ujian kehamilan. Tidak datang haid adalah tanda yang pasti sekiranya anda hamil.

10. Ujian Kehamilan yang Positif
Tanda yang positif adalah apabila garisan biru kelihatan di dalam kotak alat penguji. Buat temujanji dengan doktor untuk memastikan berita baik ini.

0 Response to "10 Tanda Penting Anda Hamil!!!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...