7 Petua Tradisional Untuk Payu Dara Tegang dan Montok
Pilihan 1: Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu, ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.
Pilihan 2: Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian,sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 25 minit. Amalkannya 3 kali seminggu.
Pilihan 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.
Pilihan 4: Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam.
Pilihan 5:Sapukan minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.Kemudian daun sirih tersebut di layak atas api kecil. Apabila sudah layu, ramas daun sirih sehingga lumat dan sapukan pada sekeliling payu dara. Jangan terkena pada bahagian puting. Lakukan sehingga 3 hari berturut-turut. Payu dara anda akan kembali tegang.
Pilihan 6: Anda juga boleh memilih urutan bagi mendapatkan payu dara yang diingini. Urutan dengan mengelilingi payudara dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit dan denyutan apabila ia mengeras.
Pilihan 7: Anda juga boleh lakukan senaman untuk payudara. Caranya mudah dan tidak mengambil masa yang lama, iaitu dengan menegakkan badan dan genggam kedua-dua tapak tangan. Tolak ke arah berlawanan dan lakukan selama 10 hingga 20 minit mengikut kemampuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "7 Petua Tradisional untuk Payu dara tegang dan Montok"
Post a Comment