Alhamdulillah. Murah sungguh rezeki Aaisyah Dhia Rana. Tidak dapat dinafikan kecomelannya memang mampu menarik perhatian dan membuat orang ramai tidak lekang mata memandang.
Terbaru, Aaisyah Dhia Rana telah dilantik menjadi duta Mothercare. Memang sesuai sangat-sangat perlantikan ini. Pastinya ia akan menjadi satu kombinasi yang sangat awesome.
"Sebelum ini memang saya tidak kisah jika dia mengikut jejak langkah kami, tetapi sekarang kami bertukar fikiran. Kalau boleh saya mahu Aaisyah menjadi ustazah, tetapi kita hanya merancang, masa depan tidak boleh diramal.
Ketika kecil ini saya tidak kisahlah andai dia menjadi model iklan atau duta produk kerana dia masih kecil dan tidak memahami apa yang berlaku.
Tambahan pula penggambaran iklan biasanya mengikut jadual waktu bayi. Bagi saya tidak salah untuk Aaisyah memiliki pendapatan sendiri pada usia dua bulan. Wang yang diperoleh akan disimpan dalam akaun banknya, apabila dia berusia 18 tahun, dia sudah kaya dengan pendapatan sendiri."
Pada bulan Februari ini, Che Ta dan Zain akan menunaikan umrah selama 12 hari kerana Che Ta telah bernazar untuk ke sana sekiranya hamil.
Selain itu, mereka juga merancang untuk hamil lagi pada tahun depan.
Home » AAISYAH DHIA RANA »
Hiburan »
rozitachewan »
zainsaidin
» Aaisyahdhiarana dilantik duta Mothercare
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Aaisyahdhiarana dilantik duta Mothercare"
Post a Comment