Rozita Che Wan akui memang teruja untuk hamil lagi.
"Jika tiada halangan, saya mahu hamil lagi, paling cepat hujung tahun ini.
“Kalau boleh dan jika ada rezeki saya mahu hamil lagi lepas ni dan paling awal hujung tahun ini lah. Yelah, nasihat doktor kalau saya mahu hamil perlu dalam masa beberapa tahun terdekat ini kerana usia saya pun sudah semakin lanjut.
“Tapi kita kena ikut nasihat doktor lah macam mana jika kesihatan dan keadaan saya mengizinkan, saya memang nak hamil lagi.
“Kalau tiada apa halangan insyaAllah saya merancang hendak hamil selepas Aaisyah pun sudah besar sedikit,” katanya.
Tambah Che Ta lagi dia memahami perasaan suaminya, Zain Saidin yang teruja untuk menimang cahaya mata lagi dan membina keluarga bersama-samanya.
“Yelah, Zain pun memang minat budak kecil. Dia pun beri semangat kepada saya jika saya mahu hamil lagi. Jadi apa salahnya saya ikut permintaanya jika saya mampu untuk hamil lagi nanti,” luahnya lagi.
Home » AAISYAH DHIA RANA »
Hiburan »
isusemasa »
rozitachewan »
zainsaidin
» Akur dengan suami, Rozita ingin tambah anak lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Akur dengan suami, Rozita ingin tambah anak lagi"
Post a Comment