Cari lelaki tinggi, berkulit gelap dan hensem...artis K-Pop bukan lelaki sejati - KJ
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.
Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati.
Dalam pada itu, laman Twitter turut dibanjiri 'hashtag" #menentangkejahatankpop yang memberi pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Ada yang memberikan reaksi menolak perlakuan itu dan ada juga yang menyalahkan gadis-gadis itu jerana terlalu obses sehingga mengetepikan ajaran agama.
Seorang pengunjung yanh turut berada pada konsert tersebut juga menyatakan yang apa yang berlaku adalah diluar kawalan penganjur. Mereka apabila ditanya tentang mahu atau tidak memeluk artis berkenaan tanpa berfikir panjang menerkam ke arah ahli kumpulan KPOP itu.
Home » isusemasa »
KJ »
kpop »
malaysia »
menentangkejahatanKPOP
» Khairy Jamaludin dan hashtag #menentangkejahatanKPOP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Khairy Jamaludin dan hashtag #menentangkejahatanKPOP"
Post a Comment