Puteri Balqis Enggan Ke Sekolah?

Hari ini bermulalah lembaran baru persekolahan untuk tahun 2015, setelah sesi persekolah yang dijadualkan bermula awal Januari ditunda kerana negara dilanda bah besar Disember lalu.

Pasti ramai anak-anak yang tidak sabar untuk ke sekolah semula setelah lama bercuti. Tetapi lain pulak kes Pelakon Wanita Popular ini.

Puteri Balqis Enggan ke Sekolah


Pelakon cilik Puteri Balqis tidak pernah terbuka hati untuk belajar di sekolah seperti kanak-kanak lain berikutan mempunyai pengalaman dibuli rakan.

Balqis atau nama sebenranya, Puteri Balqis Azizi, 8, berkata, dia lebih selesa untuk belajar bersendirian di rumah kerana beranggapan ia lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru persendiriannya.
"Aqish (nama manjanya) lebih selesa belajar di rumah sahaja kerana kalau di sekolah Aqish rasa tersiksa bila kawan-kawan mempermainkan Aqish. Sampai bila-bila pun Aqish mahu belajar di rumah sahaja. Kalau tentang pelajaran berkaitan agama seperti mengaji Al-Quran, ibu Aqish yang ajar," ujar kepada mStar Online.

Menurut Puteri Balqis, dia sudah mula belajar secara persendirian dari rumah sejak berusia tiga tahun lagi dan pengalaman dibuli yang itu dilalunya semasa di perigkat Tadika.

0 Response to "Puteri Balqis Enggan Ke Sekolah?"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...