Kita baru seminggu menjejakkan kaki ke tahun 2015. Dengan krisis ekonomi dunia yang tidak menentu, dunia dikejutkan pula dengan kejadian serangan ke atas pejabat majalah satira Charlie Hebdo di Paris yang mengorbankan 12 orang.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa segelintir individu ini menyerang Charlie Hebdo?
Mungkin ramai yang sudah lupa, pada 20/9/2012, Majalah Charlie menerbitkan karikator gambar kartun Nabi Muhamaad berbogel dengan maksud memprovokasi umat Islam sedunia. Ketika itu Perdana Menteri Perancis tidak berbuat apa-apa kerana hak “KEBEBASAN BERSUARA”.
SOALAN:ADAKAH BENAR MEREKA MENGHINA ISLAM?
Kita baca komen bernas Tun Dr. Mahathir (Malaysiandigest.com)
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan serangan terhadap pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo di Perancis semalam berkemungkinan disebabkan tindakan majalah itu sendiri yang gemar membuat provokasi terhadap agama Islam.
Beliau berkata, sering kali terdapat tindakan Charlie Hebdo tidak menghormati orang Islam dan mempersenda Nabi Muhammad SAW melalui lukisan karikatur.
"Apakah perlunya mereka mempermainkan Nabi Muhammad sedangkan mereka tahu ini menyakitkan hati orang Islam. Kita menghormati agama mereka dan mereka mesti menghormati agama kita,".
Dr Mahathir berkata, secara umumnya, provokasi oleh mana-mana pihak sekalipun tidak harus dilakukan kerana masyarakat perlu hormat-menghormati antara satu sama lain meskipun berbeza agama dan bangsa.
Bercakap secara umum, Dr Mahathir berkata terdapat juga dalam kalangan bukan Islam yang takut kepada agama Islam dan membayangkan Islam sebagai agama yang tidak bertimbang rasa dan bengis akibat pelbagai paparan dalam internet misalnya keadaan kekecohan di Timur Tengah.
"Kalau mereka faham ajaran al-Quran itu sendiri, mereka tidak akan berasa takut kepada agama Islam atau orang Islam," kata beliau.
PROVKASI TERHADAP ISLAM
Menurut berita dari Paris, mereka berjaya menembak mati Cherif Kouachi dan beberapa orang lagi.
Dengan keluasan media yang dipengaruhi, mereka berjaya mempengaruhi dunia dan menjadikan umat islam yang mempertahankan Nabi Muhammad sebagai umat yang patut dibenci.
TANGAN GHAIB MENGUASAI DUNIA
Sekali lagi apabila dunia sedang berperang dengan krisis ekonomi dunia maka akan berlaku tragedi bunuh membunuh di satu bahagian dunia yang lain.
Tragedi pembunuhan ketika dunia dilanda kemelesetan ekonomi buka ini kali pertama tetapi sudah berulang berkali-kali. Ini yang aku katakan kerja askar Dajjal mengawal dunia untuk mencapai matlamat mereka tanpa mengira nyawa manusia.
Matlamat mereka mudah apabila dajjal dihidupkan mereka mahu memastikan setiap manusia yang hidup ketika itu yakin bahawa Dajjal adalah tuhan.
ISLAM akan terus diprovokasi dan diserang oleh askar dajjal dengan berbagai cara kerana Islamlah satu-satunya agama yang taat kepada ALLAH dan terus berkembang pesat di seluruh dunia yang menjadi musuh utama dajjal.
Namun...ini adalah sekadar teori melalui pembacaan dan pengamatan saya melalui media. Saya perlu mencari fakta-fakta kukuh untuk menyokong teori-teori ini.
Sekian, saya menulis anda membaca.
Home » agama »
charlie hebdo »
Dunia »
isusemasa
» Serangan Di Charlie Hebdo - Adakah Benar mereka Menghina Islam??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Serangan Di Charlie Hebdo - Adakah Benar mereka Menghina Islam??"
Post a Comment