Salah satu teknologi yang kian popular untuk mengubati rabun dalam masa yang sangat singkat ialah dengan kaedah LASIK (Laser-Assisted in situ Keratomileusis).
Namun, tahukan anda bagaimana pembedahan ini dilakukan? Sesetengah berpendapat cahaya laser yang ditembak ke dalam mata. Sungguh menakutkan bukan?
Secara ringkas, objektif pembedahan LASIK sebenarnya adalah untuk “membentuk” semula kornea mata pesakit – untuk menjadikan ia lebih cembung atau cengkung. Cuba imbas kembali pelajaran Sains waktu sekolah dulu dan cuba kaitkan bagaimana kanta mata yang terlebih cembung atau terlebih cengkung boleh mempengaruhi tahap kerabunan seseorang – rabun dekat atau jauh.
Sudah tentulah Laser digunakan untuk “membentuk” kornea mata tersebut. Tapi bukan semudah itu. Ada prosedur lain yang perlu dilakukan sebelum Laser itu ditembak. Mari saksikan video dibawah untuk lebih lanjut.
0 Response to "Sila komen perasaan anda selepas menonton VIDEO Pembedahan LASIK ini."
Post a Comment