Buat pertama kalinya, Zamani Slam bercakap dengan media hari ini selepas dibebaskan dengan jaminan polis.
Menurutnya, tiada unsur buli. Dia menyanyi dengan rela hati.
Penyanyi berusia 44 tahun itu berkata beliau menyanyi dengan kerelaan hati selepas anggota polis terbabit memberitahu mereka adalah peminat Slam.
“Saya tidak dipaksa atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam. Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal sahaja,”
Zamani juga mengakui silap tidak periksa semula video yang dirakamkan dan berasa malu selepas mengetahui keadaan beliau dalam video ditonton oleh semua masyarakat.
“Perkara itu sudah berlaku dan dia tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang. Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang,” jelasnya apabila ditanya tentang tindakan undang undang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Tiada unsur buli-Saya nyanyi dengan rela hati"
Post a Comment