VIDEO Anak-anak Melayu sangap dalam Konsert K-POP

Ketika dunia sedang dilanda provokasi terhadap islam dan ketika khutbah jumaat yang mengingatkan kita tentang Nabi Muhammad s.a.w juga dikatakan ekstrem, kita sekali lagi lalai dalam menyampaikan dakwah agama kita sendiri.

BIA4, artis KPOP yang dijemput untuk membuat persembahan semalam di Kuala Lumpur.


Maka berduyunlah peminat KPOP satu Malaysia ke konsert tersebut termasuk anak-anak Melayu kita.

Pergi ke konsert tu satu hal, tapi yang sakan berpeluk cium di atas pentas tu dah kenapa?



Seperti meniru adegan di video klip, dengan rela hati mereka membiarkan diri dipeluk oleh bukan mahram.

Sudah tentu ramai yang bukan islam mempertahankan tindakan anak-anak muda ini dan menuduh orang islam yang membantah sebagai ekstrem.



Tepuk dada tanya iman

0 Response to "VIDEO Anak-anak Melayu sangap dalam Konsert K-POP"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...