Sebuah video
memaparkan seorang kanak-kanak menghisap dadah dipercayai jenis syabu
dimuat naik di laman Facebook oleh pemilik akaun, Mohd Khir.
Video yang berdurasi 15 saat itu
menunjukkan kanak-kanak dipercayai berusia dua tahun itu disuruh
menghisap dadah tersebut oleh dua individu.
Malah, mereka juga menyuruh kanak-kanak tersebut menghisap untuk kali yang kedua setelah batuk.
“Satu lagi kes berat…minta pihak yang berkenaan ambil kes ini…kes dadah.. apa punya ibu,” luah Mohd Khir dalam status Facebooknya.
Dalam pada itu, pelbagai pihak turut
mengkritik tindakan itu membahayakan nyawa dan memberikan kesan buruk
kepada kanak-kanak tersebut.
Seorang pengguna Facebook, PuteRi
LaYenda dalam komennya mendakwa kejadian ini melibatkan warga Indonesia
berdasarkan bahasa dan cara percakapan yang digunakan.
“Yang
pasti ini bukan di Malaysia kerana cara bercakap macam Indonesia Bugis
tapi tak tahu jika ini pembantu rumah dari Indonesia,” katanya
Seorang pengguna, Mohd Azman Abu Hassan
dalam komennya menyatakan rasa marah terhadap dua individu yang memaksa
kanak-kanak itu menghisap dadah.
Menurutnya, jika mahu merosakkan diri tidak perlu dibawa kanak-kanak malang itu.
Bagi Ahmad Mustaqim Arifin berkata: “Anak aku batuk tersedak susu pun kesian aku tengok apatah lagi tengok anak kecil ini batuk sebab benda yang tak elok.“
Sarida Ima dalam komennya berharap ada
pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap dua
individu dalam video itu.
Menurutnya, tindakan itu dianggap sebagai penganiayaan terhadap kanak-kanak.
Bagaimanapun, ada juga pihak yang
meminta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat insiden
penyebaran video tersebut agar kanak-kanak itu dapat diselamatkan
daripada pengaruh penyalahgunaan dadah. - SUMBER
Related Posts :
Setelah meninggalkan rumah untuk ke Pakistan, gadis ini merayu untuk dibawa pulangApa sudah jadi? Setelah meninggalkan keluarganya di Melaka, Nur Quranie yang dikhabarkan telah berkahwin merayu untuk dibawa pulang. Seo… Read More...
Rogol Kakak dan sembelih adik-Apa hukuman yang sesuai? Pada hemat anda, apa hukuman untuk lelaki ini yang merogol kakak dan membunuh adiknya? Di New Jersey, Osvaldo Rivera, 35, dihukum penjara… Read More...
Gambar Bogel di sebar bekas teman Lelaki Walaupun sudah memutuskan hubungan sejak 2 bulan yang lalu, bekas teman lelakinya itu tetap menyebarkan gambar aib Nor Fathiah Idris. Kej… Read More...
Kanak-Kanak dicabul ketika lawat bapa di penjaraSudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang dialami oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun dicabul di sebuah tandas apabila melaw… Read More...
AWAS!! Korang Wajib Baca Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga Tersayang...!!!Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal. Kami ditayangkan dengan g… Read More...
0 Response to "Video kanak-kanak dua tahun hisap syabu dikecam"
Post a Comment