Datuk LCW gagal lagi - SUKAN ASIA

Datuk Lee Chong Wei Gagal Lagi

Kegagalan semalam pasti menjadi mimpi ngeri buat Datuk Lee Chong Wei. Beliau sudah hampir pasti menewaskan seteru utamanya apabila berjaya mengajak Lin Dan bermain rubber set.

Namun harapan untuk melihat emas bagi acara badminton perseorangan lelaki juga musnah apabila pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada perlawanan separuh akhir, Ahad.

Chong Wei yang bermula dengan baik pada awal permainan, bagaimanapun terpaksa tunduk kepada Lin Dan pada set pertama 20-22 sebelum bangkit pada set kedua dengan 21-12.

Bagaimanapun, Lin Dan berjaya menutup peluang Chong Wei apabila menang mudah pada set penentuan 21-9 untuk bertemu rakan senegara Chen Long pada perlawanan akhir, Isnin.

Siapakah pengganti beliau?

Apa yang tak bestnya ialah, penentu pingat emas ditentukan oleh pemain dari negara China sendiri. Bila lagi Malaysia boleh bermain untuk merebut pingat emas ini?


Datuk LCW telah pun mengumumkan persaraannya di dalam sukan Asia, dan persoalan yang paling penting adalah, siapakah atlet negara yang akan menggantikan beliau?




0 Response to "Datuk LCW gagal lagi - SUKAN ASIA"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...