Pegawai Kastam di dakwa kerana Rasuah

Pegawai Kastam di dakwa kerana Rasuah

Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu pepatah yang sesuai apabila segelintir daripada kakitangan awam yang sepatutnya bertindak sebagai penguatkuasa kerajaan menerima rasuah.





Lapan pegawai pelbagai pangkat Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kesalahan menerima rasuah.

Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.

Ia melibatkan 25 pertuduhan berhubung kesalahan menerima rasuah berjumlah dari RM200 hingga RM4000 bagi setiap pertuduhan.

Tujuh daripada mereka ialah Amran Ismail, 35; Kamarul Asmady Ismail, 37; Mohd Rozlan Ibrahim, 57; Mahadir Mohamad, 37; Sahbandi Abdul Manap, 36; Jamaludin Zam Zam, 54 dan Som Chit A/L Tiang, 48
didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Melayu lagi 


Apa yang memalukan di sini ialah, pegawai kastam tersebut adalah dikalangan orang melayu yang beragama islam. Sudah tentu mereka telah tenggelam dengan godaan wang ringgit. 

Hakikatnya, kerana mereka inilah, rakyat di luar sana memandang institusi kerajaan sebagai institusi yang penuh rasuah dan tidak berintegriti.

Itu belum masuk isu politik. Sudah tentu parti-pasti pembangkang di luar sana tidak sabar untuk menggunakan isu ini di dalam ceramah kempen nanti bukan? 

#jauhirasuah

0 Response to "Pegawai Kastam di dakwa kerana Rasuah"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...