Sewaktu berkunjung ke China tahun lalu, seorang kenalan saya di sana pernah berkata, "We can do whatever people can't do". Berlandaskan prinsip tersebut, mereka berjaya memajukan ekonomi diri dan negara mereka. Kini negara China merupakan antara kuasa besar di dunia.
Sekali lagi, China menggemparkan penduduk dunia. Tetapi kali ini mereka membina sebuah jambatan gantung yang paling menakutkan!!!
Ia bukan sebuah jambatan yang membahayakan nyawa pengguna tetapi
lantainya yang diperbuat daripada cermin membuatkan pengguna takut untuk
melihat curam sedalam 180 meter di Pingjiang.
Jambatan gantung yang menemukan dua puncak bukit setinggi 300 meter itu juga dikatakan akan bergoyang apabila ditiup angin.
Keadaan itu akan menambah ketakutan orang ramai yang melaluinya
kerana ramai diantara mereka merasakan akan jatuh ke dalam gaung.
"Pada mulanya saya masih tidak berasa gentar, tetapi apabila berada
di tengah jambatan yang bergoyang, lutut saya mengigil ketakutan," kata
Yun Ku, 23, sebagai reaksi selepas melintasi jambatan gantung berkenaan.
Bagaimanapun, orang ramai yang mengalami ketakuran ketika berada di
tengah jambatan akan dibantu oleh kakitangan terlatih untuk menghabiskan
perjalanan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Jambatan Gantung yang Paling Ngeri Di Dunia"
Post a Comment