Sebab Jessica Jung Keluar dari Girls Generation

Peminat K-Pop terutamanya kumpulan Girls Generation sudah tentu sedih dan kecewa apabila mendapat tahu yang ahlinya, Jessica Jung keluar dari kumpulan tersebut.

Jessica Jung
Perbincangan mengenainya hangat di Twitter sehingga menjadikan kata kunci "Jessica", "Sica" dan "SNSD" trending di alam siber.

Menjadi antara ahli yang paling digemari dalam Girls' Generation, keputusan Jessica untuk keluar daripada kumpulan popular K-pop antarabangsa itu mencetuskan persoalan dalam kalangan orang ramai.

Menurut syarikat rakaman kumpulan tersebut, SM Entertainment, mereka terpaksa melepaskan Jessica ekoran aktiviti perniagaannya dalam bidang fesyen yang mengganggu jadual kariernya.

Dalam pada itu, Jessica pula berkata beliau mengutamakan Girls' Generation berbanding aktivitinya yang lain, namun parah dengan keputusan dikeluarkan daripada kumpulan itu.

Selain Jessica, kumpulan Girls' Generation yang digilai kalangan remaja dianggotai lapan ahli lain iaitu Taeyeon, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona dan Seohyun.

Jom kita layan dulu gambar-gambar Jessica Jung dan ahli kumpulan Girl's Generation yang hot ini.






0 Response to "Sebab Jessica Jung Keluar dari Girls Generation"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...