Apabila Che Ta ditaja Bersalin

Untung badan apabila Rozita Che Wan mendapat tajaan penuh untuk bersalin di Hospital Ampang Puteri

Google Image
Tajaan tersebut termasuk urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas A secara percuma.

Kos bersalin di Hospital Ampang Puteri difahamkan boleh mencecah lima angka, tambahan pula jika melibatkan sebarang pembedahan.

Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin dijangka bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada awal November.







Tayangan Eksklusif


Selain mendapat tajaan kos bersalin, perjalanan kelahiran anak Che Ta dan Zain juga akan ditayangkan secara eksklusif di Astro.

Pasangan romantis ini bernikah pada Disember lalu dan kini sedang menunggu hari untuk kelahiran bayi pertama mereka

0 Response to "Apabila Che Ta ditaja Bersalin"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...