Transexual Warga Indonesia dibunuh dan dimasak oleh Suami

Seorang warga Indonesia yang juga Transexual, dibunuh dengan kejam dan dicincang dan di masak oleh suaminya di apartment mereka di Brisbane


Mayang Prasetyo, 27 dijumpai mati pada malam 4 Oktober dan sebahagian tubuh badannya bertaburan di seluruh apartment mereka dan sebahagian yang lain telah dimasak oleh suaminya, Marcus Volke, 28.

Menurut laporan daripada The Straits Times, Mayang mencari nafkah untuk ibu dan adik-adiknya di Lampung, Indonesia. Ibunya ketika dihubungi, menzahirkan kekecewaannya apabila kehilangan anak sulungnya itu.

Daily Mail Australia pula melaporkan Mayang bekerja sebagai pengiring antarabangsa, 'International Escort' dan mengenakan bayaran sebanyak A$ 500 untuk perkhidmatannya.

 Bibit awal percintaan

Pasangan tersebut berkenalan ketika belayar bersama di atas kapal pelayaran antarabangsa dan berkahwin pada Ogos 2013. Volke dan Mayang kemudian tinggal bersama dan menetap di Brisbane.

Mayang kemudian mengadu yang beliau kini bosan dengan kehidupan dan ingin pulang ke Bali, juga rumah mereka.


Bau busuk

Jiran sekeliling rumah kemudian memanggil polis apabila mereka mula menghidu bau busuk. Polis berjaya memecah masuk rumah berkenaan dan suaminya berjaya melarikan diri melalui balkoni.

Marcus Volke yang bersembunyi kemudiannya membunuh diri.

Pihak jiran ketika ditemui berkata, "Kami tidak pernah bau busuk sebegini dan tidak sangka bau busuk berkenaan adalah daripada orang mati."

sumber

0 Response to "Transexual Warga Indonesia dibunuh dan dimasak oleh Suami"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...