Pada hemat anda, apa hukuman untuk lelaki ini yang merogol kakak dan membunuh adiknya?
Di New Jersey, Osvaldo Rivera, 35, dihukum penjara 110 tahun kerana didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan menyembelih leher adik mangsa berusia enam tahun yang cuba menyelamatkan kakaknya.
Osvaldo, melakukan jenayah berkenaan pada 2012 selepas mengambil dadah ‘wet’ atau ‘marijuana’
Pihak berkuasa berkata, Rivera memecah
masuk ke rumah mangsa pada awal pagi 2 September 2012 lalu menyerang
kanak-kanak perempuan itu yang sedang tidur di sofa.
Agensi berita antarabangsa AP melaporkan,
menurut ahli keluarga mangsa, adik lelaki kanak-kanak perempuan
itu, Dominick Andujar cuba menyelamatkan kakaknya namun disembelih
lehernya hingga maut.
Rivera didapati bersalah Julai lalu atas
tuduhan cubaan membunuh, melakukan serangan seks, memecah masuk ke rumah
mangsa dan melakukan ancaman seperti pengganas.
0 Response to "Rogol Kakak dan sembelih adik-Apa hukuman yang sesuai?"
Post a Comment