Apa Sudah Jadi? Perlis dan Kedah Catat Pesakit Buah Pinggang Tertinggi

Apa Sudah Jadi? Perlis dan Kedah Catat Pesakit Buah Pinggang Tertinggi.



Berikut adalah laporan daripada Astro Awani. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF), Chua Hong Wee, penilaian tersebut dibuat berdasarkan jumlah pesakit yang dicatatkan oleh kedua-dua negeri terbabit tahun lalu.

Chua Hong Wee juga menyatakan punca negeri terbabit mempunyai pesakit buah pinggang tertinggi, mungkin disebabkan oleh kilang gula yang terdapat di negeri terbabit.

Punca utama berlaku kes penyakit buah pinggang adalah disebabkan kencing manis yang terlalu tinggi hingga memberi kesan kepada fungsi buah pinggang menyebabkan seseorang pesakit perlu menjalani rawatan hemodialisis.

Untuk rekod, di Perlis sahaja kini telah mencatatkan 1200 pesakit buah pinggang.


0 Response to "Apa Sudah Jadi? Perlis dan Kedah Catat Pesakit Buah Pinggang Tertinggi"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...