Daphne Iking Tersentuh anak Sudah pandai Berwuduk

Daphne Iking juga seperti ibu bapa yang lain, mahukan setiap yang terbaik untuk anak-anak. Sebelum ini, banyak cakap-cakap yang mendakwa bahawa Daphne dan suami, Azmi tidak pandai mendidik anak-anaknya dari segi agama iaitu Isobel Daniella, 6, dan Iman Daniella, 3.


Bagaimanapun baru-baru ini Daphne ada memuat naik sekeping gambar anak sulungnya mendapat markah penuh dalam latihan jawi. Sebagai ibu, kata Daphne, dia tidak menyangka yang anaknya sudah boleh menulis jawi. Malah kebolehan anak sekecil itu cukup menyentuh perasaannya. 

Tentang tomahan mereka suami isteri tidak pandai mendidik anak-anak, hal itu sikit pun tidak membuatkan dia berkecil hati atau terasa. Malah bekas pengacara proram Bella ini punya cara tersendiri cara untuk membesarkan anak-anaknya.

“Isobel adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama saya dan itu bukan urusan sesiapa pun. Ada ramai yang bertanya, dia sudah masuk Islam atau belum? Macam mana dia nak masuk Islam, sebab dia masih kecil lagi. Tapi yang pasti dia membesar di dalam sebuah rumah Islam, dengan cara kehidupan Islam.

“Kalau di rumah, pembantu rumah saya seorang yang pandai berbahasa Arab, jadi dia selalu ajar Isobel mengaji. Tapi kalau kami balik ke rumah ibu bapa saya di Sabah, nenek dia ada juga bawa die ke kelas bibble. Bagi saya, nanti bila dia sudah besar biarlah dia buat pilihan sendiri. Saya tidak memaksa dia.


“Tapi seperkara yang saya cukup bangga apabila dia sudah pandai menulis jawi. Bayangkan, ketika itu saya pulang dari kerja dalam keadaan yang sangat letih. Tapi bila dia tunjukan pada saya hasil tulisan jawinya, saya sangat terkejut, bangga dan tersentuh. Walaupun saya tak pandai baca tapi saya tengok tulisan dia cantik. Saya bersyukur sangat. Dalam hati saya berkata, “Ya Allah, saya dah buat sesuatu yang betul”, kongsi Daphne Iking kepada Malaysia Digest tentang gelagat anak-anaknya, ketika ditemui di Kompleks Kraf semalam.

Kongsi Daphne lagi baru-baru ini Isobel sekali lagi membuat dia hampir mengalirkan air mata.

“Saya tahu, mungkin saya sendiri kurang dari segi pengetahuan agama Islam tapi saya ada cara saya untuk didik anak-anak saya. Kalau dirumah, bila saya nak solat Isya’, saya panggil anak-anak saya duduk di sisi saya. Biar mereka lihat dan belajar perlahan-lahan.

“Satu lagi yang buat saya tersentuh, baru-baru ni Isobel beria-ria beritahu saya yang dia nak “duk”. Mulanya saya tak faham apa yang dia cuba cakapkan, tapi rupanya dia nak tunjuk pada saya yang dia sudah pandai berwuduk. Saya tidak tahu anda semua belajar tentang solah dan berwuduk seawal umur berapa. Tetapi saya kagum dengan anak saya. Dalam usia sekecil itu sekurang-kurangnya sudah pandai tulis jawi dan semakin belajar sedikit demi sedikit tentang kewajipan sebagai orang islam”, katanya.-sumber

Namun kepada Daphne dan suami, sebagai seorang yang beragama islam, anda telah melakukan yang sebaiknya. Jangan diberikan pilihan untuk anak anda beragama, tetapi terapkanlah agama islam di dalam diri mereka. Semoga saling memberkati.


0 Response to "Daphne Iking Tersentuh anak Sudah pandai Berwuduk"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...