Diana Rafar Failkan penceraian terhadap Zamarul Hisham hari ini

Tahun 2015 baru sahaja menginjak ke pertengahan Januari, namun dah bermacam kes penceraian kita dengar dari golongan artis.


Terbaru, Diana Rafar Failkan penceraian terhadap Zamarul Hisham hari ini.

Desas desus rumah tangga Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang dibina sejak 16 Mei 2009 berantakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mencuri tumpuan ramai. Bagaimanapun cerita itu sesekali berlalu sepi apabila ditepis terutama Diana sendiri.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat yang melaporkan kepada BH Online, Diana yang juga duta produk Perla Coffee itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu hari ini di sebuah mahkamah di Shah Alam.

Nampaknya rumah tangga pasangan ini yang dikurniakan anak lelaki bernama Kashfi Haikal berusia lima tahun tidak mampu dipertahankan lagi.

Kepada BH Online, Diana yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara berkenaan.

"Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi," katanya.



0 Response to "Diana Rafar Failkan penceraian terhadap Zamarul Hisham hari ini"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...