Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang dialami oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun dicabul di sebuah tandas apabila melawat bapanya di penjara Bilibid di Manila sempena hari pertama tahun baru 2015.
Kanak-kanak tersebut dijumpai terbaring di dalam tandas dalam keadaan seluar terlondeh serta leher diikat.
Hasil dari pemeriksaan bagaimanapun mendapati beliau tidak dirogol.
Penjara tersebut diklasifikasikan sebagai pusat tahanan eksklusif kerana dilengkapi penghawa dingin khas untuk penjenayah yang berpengaruh.
Suspek bagaimanapun mengaku menyerang mangsa dan berniat untuk merogol dan bakal berdepan dengan dakwaan jenayah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kanak-Kanak dicabul ketika lawat bapa di penjara"
Post a Comment