Tahukah anda kod pemakaian pembaca berita di Arab Saudi??

Semua penyampai berita wanita di Arab Saudi diarahkan memakai jubah hitam tradisional berwarna hitam yang juga dikenali sebagai abaya sebagai kod pemakaian baharu jika mahu bertugad di stesyen televisyen.


Arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura selepas seorang anggota wanita jawatankuasa kerajaan itu membangkitkan isu penyampai berita tempatan yang enggan mematuhi kod pemakaian dan tampil dengan muka bersolek.

Majlis Syura berkenaan juga mencadangkan denda sebanyak 10 juta riyal(RM 9.36 juta) dikenakan kepada mana-mana penyampai berita yang melanggar kod terbabit.

Bagaimanapun, usul tersebut masih belum dilululuskan oleh Majlis Syura kerana salah seorang dari anggota majlis berkenaan mempersoalkan definisi pakaian tradisional.

0 Response to "Tahukah anda kod pemakaian pembaca berita di Arab Saudi??"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...